Nama Allah tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun, demikian pendapat Al-Khalil Bin Ahmad. Pendapat ini disokong oleh As-Shafie R.A dan ulama-ulama lain. Tidak sekali-kali didapati sesuatu yang diberi nama tersebut selain daripadaNya, Yang Maha Tinggi dan Maha Suci.
Oleh kerana itu, sebahagian ulama mengatakan bahawa setiap nama daripada nama-namaNya tidak layak digunakan untuk menghias diri. Nama “Allah” merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai. Ada yang mengatakan bahawa nama “Allah” itu berasal daripada pengambilan kalimat atau perkataan, tetapi pecahan dan simpang siur kalimatnya terlalu banyak, sehingga membawa erti yang saling bertentangan.
Sebahagian ulama sufi mengatakan bahawa huruf “Alif” daripada nama Allah merupakan isyarat Al-Wahdaniyah (tunggal) dan huruf “Lam”yang pertama merupakan isyarat yang menghapuskan isyarat, manakala huruf “Lam” yang kedua pula menghapus penghapusan dalam pengungkapan huruf “Ha”.
Sumber : http://amirhamzah786.wordpress.com/2008/02/20/allah/
Kamis, 18 Desember 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar